Mampukah sesebuah komuniti membangunkan ekosistem ekonomi sendiri di dalam komuniti?
Secara teorinya boleh dan mudah untuk dicapai. Namun, hakikatnya teramat sukar.
Kerajaan Malaysia telah sekian lama berusaha untuk membangunkan atau memakmurkan ekonomi dalam komuniti. Namun hasilnya masih samar. Ini bukanlah bermaksud komuniti tersebut tidak makmur. Cuma, sudut pandang berbeza.
Cuba lihat ekosistem ekonomi tempatan bagi lokaliti anda. Bayangkan sekiranya tiada suntikan kapitalis atau modal beserta bantuan daripada kerajaan. Adakah ekonomi tempatan anda boleh makmur dengan hanya melalui kitaran transaksi dalam komuniti anda sahaja?
Di dalam kebanyakan konteks terutama di luar bandar, jawapannya adalah ekonomi tempatan tidak akan lancar.
Memperkenalkan GIG3+LOKA
Ini adalah inisiatif bukan-kerajaan di bawah MIMMO.
Sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut, sila lawati info page bagi GIG3+LOKA.